PROGRAM ‘RETREAT’ KETUA POLIS PULAU PINANG DI DAERAH TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Pada 29 Ogos 2022, YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Perjumpaan Bersama ADUN Kawasan Daerah Timur Laut di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Objektif perjumpaan ini membincangkan tentang permasalahan kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah dan ketum serta menyelesaikan permasalahan masyarakat di kawasan pentadbiran masing-masing dengan perancangan yang strategik serta adakan kolaborasi erat antara Polis, Wakil Rakyat / Adun dan para pemimpin.

YDH Dato’ Ketua Polis Pulau Pinang berharap melalui perbincangan dan perjumpaan ini kerjasama di antara pihak PDRM dan Pihak Adun Daerah Timur Laut dapat terjalin dengan lebih erat lagi agar bersama-sama melahirkan generasi yang berkualiti tinggi dalam mencapai Matlamat dan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”.

Sumber : PDRM PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut