JAGA JANTUNG MELALUI PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan kesihatan)

Penyakit jantung adalah disebabkan apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung seperti faktor pemakanan, amalan cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan.

Pengambilan makanan tanpa menghiraukan isi kandungan dan jenis makanan akan mengakibatkan kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi penyebab kepada masalah jantung.

Selain itu, bagi yang suka makan, tidur dan hanya berehat tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh  juga amat terdedah kepada penyakit jantung. Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah.

Jom! Makan secara sihat dan dapatkan berat badan normal bagi mengurangkan RISIKO penyakit jantung.

 

Sumber rujukan:

Laman Web MyHealth Portal

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …