TRIVIA KEMERDEKAAN 2022: ASAS PERPADUAN MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Secara umumnya, asas perpaduan Malaysia dibahagikan kepada tiga (3) komponen iaitu:

  1. Rukun Negara;
  2. Perlembagaan Persekutuan; dan
  3. Nilai-nilai Murni.

Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Yang di- Pertuan Agong Ke-4, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

Rukun Negara digubal oleh pasukan yang diketuai Tan Sri Ghazali Shafie dan diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dibentuk bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dan lima prinsip Rukun Negara diterima menjadi ideologi negara. Asas perpaduan dalam Rukun Negara terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:

  • Matlamat pembentukan masyarakat Malaysia yang ideal; dan
  • Lima (5) prinsip Rukun Negara.

ย ย ย ย 

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia yang menjadi tunjang kepada pembentukan identiti rakyat Malaysia sejak merdeka hingga ke hari ini.

Undang-undang rasmi negara hendaklah difahami oleh semua rakyat Malaysia supaya isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dipersoalkan dan dipertikaikan sebagai langkah untuk menjaga keharmonian masyarakat serta negara sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang bangsa.

Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu diberi perhatian masyarakat agar kesepaduan rakyat dapat dikekalkan iaitu:

  • kedudukan agama Islam;
  • bahasa Melayu;
  • keistimewaan orang Melayu dan bumiputera; dan
  • kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak kewarganegaraan

Peruntukan dalam Perkara 3 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan memberi kebebasan beragama kepada penganut agama lain menjadi antara asas toleransi yang tinggi antara masyarakat pelbagai agama di negara ini.

Manakala pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 menjadi lambang, identiti serta jati diri nasional dalam masa sama berfungsi sebagai bahasa penyatu bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

Peruntukan lain yang dibentuk sebagai batu asas perpaduan nasional termasuk Perkara 153 berkaitan kedudukan orang Melayu, Perkara 181 mengenai kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hak kewarganegaraan.

 

Nilai-nilai Murni

Nilai-nilai murni merupakan satu set prinsip atau garis panduan yang terjalin daripada sifat-sifat baik serta positif seperti kasih sayang dan baik hati yang ditonjolkan dalam bentuk kelakukan seseorang individu dengan sendirinya tanpa paksaan.

Sifat-sifat baik ini perlu ada pada setiap diri manusia bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dan mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan antara kelompok manusia lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat berbilang bangsa, status sosial serta kepercayaan seperti Malaysia.

Oleh itu, ia harus dipupuk dan diterapkan sejak dari awal usia lagi supaya sebati dan mudah meresap ke dalam diri individu. Masyarakat bertanggungjawab untuk menyuburkannya di peringkat keluarga atau komuniti bagi melancarkan proses perpaduan nasional seperti yang diimpikan semua masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—๐—”๐— 

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi iniย  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut