BANGUNAN 11 TINGKAT, PENEMPATAN BAHARU PELAJAR KELANTAN DI MESIR

 

MESIR – Satu lagi bangunan baharu bakal dibina khususnya kepada pelajar-pelajar Kelantan yang menuntut di Mesir dibeli oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang boleh memuatkan hampir 300 pelajar.
Bangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 12 bulan akan datang.
Bangunan 11 tingkat itu terletak di Hayyu Sabie, Kaherah yang berdekatan dengan Kuliah Al-Azhar dan bangunan asrama Terengganu serta Wilayah Persekutuan yang sudah pastinya dapat menjamin keselamatan penuntut dengan lebih baik.
Sehingga kini, Kelantan sudah pun mempunyai lima buah bangunan asrama pelajar di bawah seliaan Yayasan Kelantan Darulnaim.
Melalui satu hantaran dalam Facebooknya, Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan beliau telah melawat ke tapak lokasi projek pada Isnin, 14 Ogos lalu untuk menyempurnakan beberapa agenda pembinaan bangunan tersebut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …