TINDAKAN KES DIHASILKAN DALAM OPERASI MEMBANTERAS KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

PASIR MAS 22 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas menerima 2 serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM dalam operasi mencegah ketirisan barang kawalan.
Rampasan pertama telah dibuat melibatkan sebuah Pajero Mitsubishi berpendaftaran Malaysia disyaki membawa 420 liter diesel di Pengkalan Haram Kedap, Rantau Panjang dengan nilai rampasan dianggarkan RM 7920.00 yang ditinggalkan di pengkalan haram tersebut.
Kes serahan kedua melibatkan sebuah Proton Iswara berpendaftaran Malaysia disyaki membawa sebanyak 389 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama di tepi jalan Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan dengan nilai rampasan RM 3972.50
Kes dihasilkan semasa menjalankan aktiviti pencegahan ketirisan barang kawalan di sempadan negara.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas akan diambil KPDNHEP selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …