‘TASK FORCE’ KHAS ATASI MASALAH AIR DI TIGA NEGERI

 

KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Khas atau ‘Task Force’ di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mengatasi masalah air yang berlaku di Kelantan, Kedah dan Pahang.
Di Kelantan, Jawatankuasa Khas tersebut bertanggungjawab memantau dan menyelaras projek-projek bekalan air bermula November 2021.
Menurutnya, Kelantan antara negeri yang menjadi fokus utama untuk mengatasi masalah air sejak beliau diamanahkan mengemudi KASA dan perkara yang diberi perhatian ialah untuk meningkatkan kadar liputan air daripada 71.7 peratus kepada lebih 80 peratus.
“Antara projek yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan rizab margin dan sumber air di negeri Kelantan ialah membina Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok berkapasiti 30 juta liter sehari (JLH) dengan kos keseluruhan RM48.7 juta,” katanya.
Tambahnya, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil inisiatif membina LRA Mini Ketereh berkapasiti 8 JLH dengan kos RM10 juta yang telah siap pada Mei 2022, LRA Telok Mesira, Bachok berkapasiti 3 JLH dengan kos RM2.7 juta yang dijangka siap pada Ogos 2022 serta dan LRA Mini Jelawat berkapasiti 4 JLH yang dijangka siap November 2022.

Artikel/Berita Terkini

MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK SERKAM

Serkam – Kemudahan masjid baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Serkam Darat, kini sedang dalam pembinaan bakal memberikan …
Maklumat Lanjut

MCMC DIARAH KESAN DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGGUNA TIKTOK SEBAR VIDEO BERBAUR FITNAH

MCMC DIARAH KESAN DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGGUNA TIKTOK SEBAR VIDEO BERBAUR FITNAH Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah …
Maklumat Lanjut

LAKSANA ‘NO RIGHT TURN’ DI LIMA LOKASI BAHARU

Ayer Keroh – Pelaksanaan ‘no right turn’ di negeri ini bakal diperluas ke lima lagi persimpangan utama, menjelang Jun depan …
Maklumat Lanjut