36 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU KELAB MALAM BERSAMA JAWI, AADK, JIM & PDRM

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) dengan kerjasama agensi sahabat terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIM) telah menjalankan Operasi Bersepadu Premis Hiburan (Kelab Malam) Siri 7/2022 di sekitar Solaris Dutamas, Desa Parkcity, Jalan Ipoh dan Jalan Kemunting, Kuala Lumpur bermula 10.00 malam pada 19 Ogos 2022 (Jumaat) dan berakhir pada jam 5.30 pagi 20 Ogos 2022 (Sabtu)

Menerusi semakan dan pemeriksaan di sepuluh (10) buah premis hiburan bersama pasukan agensi sahabat kepada pengunjung / pelanggan yang hadir oleh pihak DBKL, JAWI, PDRM dan JIM melibatkan warga negara asing dan warga negara tempatan, pihak JAWI telah menahan 36 orang individu melibatkan 17 orang lelaki dan 19 orang wanita yang melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman yang memabukan untuk tindakan lanjut serta mengeluarkan 33 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama Islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

Sementara itu, pihak DBKL mengenakan, tujuh (7) buah premis tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan terhadap di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 7 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran.

DBKL turut mengenakan 2 notis kompaun dibawah Seksyen 107(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (gagal mempamerkan lesen) dan UUK 20(1)(e), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 (menjalankan aktiviti selain dari lesen perniagaan) serta membuat tindakan sita terhadap 32 pelbagai peralatan muzik keatas 7 buah premis berkenaan melibatkan spinner, computer riba, mixer, speaker, stage lighting, decoder, microphone, screen computer, mic controller dan sound controller.

Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. Kerjasama tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut