TURUN PADANG PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN ASAS DITERUSKAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan meneruskan lagi sesi pantauan harga barang keperluan asas di sekitar kawasan Cheras. Lokasi pasaraya yang menjadi tumpuan pada hari ini adalah Aeon Taman Maluri, Pasaraya NSK Jalan Peel, Pasaraya Lotus Taman Midah, Leisure Grocer,dan TF Value Mart Cheras.

YBhg Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL telah mengetuai sesi turun padang kali ini. Hasil pemantauan tersebut, kebanyakan pasaraya mematuhi harga syiling yang ditetapkan kerajaan namun terdapat juga pasaraya yang menjual melebihi harga yang ditetapkan dan tidak menawarkan barangan pengganti yang lebih murah. Sesi pemantauan harga ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …