Aktiviti “Walking Message Pencegahan Dadah” di sekitar kawasan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) AADK Cheras pada 15 Ogos 2022. Tanggungjawab Pencegahan dan Pemulihan bermula dari KOMUNITI. Bantu kami untuk membantu ‘MEREKA’. Jangan segan untuk bersama kami.
WALKING STREET MESSAGE
Program itu bertujuan menyalurkan maklumat dan mesej tentang bahaya dadah termasuk langkah yang boleh dilakukan oleh orang awam bagi membantu mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah.
Masyarakat antara pihak yang memainkan peranan utama dalam usaha merealisasikan matlamat Dadah Terkawal 2025.
Sumber : AADK CHERAS