101 USAHAWAN MUDA TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

 

TUMPAT – Seramai 101 usahawan muda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu menerima sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan berupa barang-barang peralatan untuk membantu meningkatkan perniagaan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat diundang untuk menyampaikan sumbangan tersebut pada Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Muda DUN Wakaf Bharu 2022 di Wisma Purnama Wakaf Bharu, Khamis lalu.
YB Wan Roslan berharap sumbangan tersebut dapat meningkatkan lagi perniagaan mereka pada masa akan datang.
“Kerajaan Negeri Kelantan amat prihatin terhadap kebajikan anak muda yang menceburi bidang perniagaan. Oleh itu, dana khas Bantuan Usahawan Muda Kelantan bernilai RM4.5 juta diperuntukkan bagi 45 DUN bagi membantu usahawan belia di negeri ini yang terkesan akibat COVID-19.
Kita berharap usahawan muda memanfaatkan sumbangan ini dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus gigih berusaha dalam bidang perniagaan yang dijamin sembilan per sepuluh rezeki melaluinya oleh Allah SWT,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …