KARNIVAL KELUARGA DARULNAIM BERMULA DI JELI

 

JELI – Seiring gagasan baharu Keluarga Malaysia sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Kelantan melancarkan Karnival Keluarga Darulnaim yang bertujuan menghidupkan suasana meriah dalam kehidupan berkeluarga sesuai dengan dasar Keluarga Mawwadah Negeri Kelantan.
“Dalam dasar ini, kita mahukan bukan hanya keluarga yang biasa, tetapi keluarga qurani yang dibentuk dengan mengambil contoh dan panduan daripada keluarga-keluarga yang diceritakan di dalam al-Quran seperti kisah keluarga nabi Yaakub, nabi Yusuf, nabi Daud, nabi Ibrahim dan banyak lagi.”
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi dalam ucapan Perasmian Karnival Keluarga Darulnaim, Parlimen Jeli di Gunung Reng, semalam.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Urus Setia Kebajikan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) kerana memilih parlimen Jeli sebagai destinasi pertama untuk penganjuran Karnival Keluarga Darulnaim.
Dalam ucapan alu-aluannya, beliau berkata keluarga adalah asas kepada kekuatan ummah, masyarakat, negara dan dunia, runtuhnya keluarga, maka runtuhlah segala-galanya.
Program yang mendapat sambutan lebih 1,000 peserta daripada penduduk setempat itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, konvoi, jamuan dan forum keluarga dengan menampilkan selebriti daripada kumpulan UNIC, Ahmad Fadzli Abdul Aziz.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …