PERPUSTAKAAN MINI JADI PLATFORM PUPUK MASYARAKAT MEMBACA

 

JELAWAT – Usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat amat sinonim dengan jiwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Abdul Azziz Kadir yang berlatar belakang bidang pendidikan.
Beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Azziz oleh penduduk setempat telah menubuhkan Perpustakaan Mini di pejabat urusannya, di Pusat Khidmat Dun (PKD) Jelawat.
Perpustakaan Mini tersebut ditubuhkan bertujuan memberi kemudahan dan galakan kepada orang ramai untuk mencintai dan menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan keluarga dan anak-anak. Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi yang melancarkan Program Keluargaku, Keluarga Membaca.
Sebagai rekod, kebanyakan buku yang ada di situ ialah hasil dari sumbangan syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu.
Pelbagai pilihan buku yang bersesuaian disediakan kepada orang awam setiap Ahad hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …