PROGRAM ‘TALK TO US’ BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR – Program ‘Talk To Us’ Balai Polis Pantai telah diadakan di Stesen Minyak Shell Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2022.

Sjn Mazlan bin Abd Hamid, Penyelia Unit OKP/LLPK Balai Polis Pantai bersama Kpl Norhuda binti Selamat dan L/Kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah hadir mengendalikan kaunter pameran dan penerangan tersebut. Seramai 17 orang pengunjung Stesen Minyak Shell Jalan Maarof telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala yang mesra antara masyarakat dan PDRM. Seterusnya, memberikan tips-tips pencegahan jenayah dan pendedahan aspek keselamatan serta langkah-langkah wajar dalam menjaga keselamatan diri, harta benda kepada pengunjung dengan mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah.

Dalam program ini turut memperkenalkan sistem e-Reporting dan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) iaitu merupakan inovasi PDRM yang bertujuan memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan. Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 11.30 pagi.

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …