TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS BAGI KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN (IKK) NEGERI KEDAH

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membangunkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK), yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.

Susulan itu, MKN Kedah bersama UiTM Kedah melaksanakan beberapa siri Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) bagi tujuan kutipan data secara temubual. Sesi ini melibatkan pelbagai lapisan pegawai daripada pelbagai kementerian, Jabatan/Agensi Kerajaan sama ada Persekutuan dan Negeri untuk mengukur IKK yang menggariskan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sesi ini telah bermula pada 1 Ogos 2022 dan dijangka selesai pada 9 Ogos 2022.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …