PELAKSANAAN OPS LEJANG BIL 3/2022 OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Pulau Pinang sekali lagi telah mengadakan Ops Lejang. Pada 1 Ogos 2022, Ops Lejang ini diadakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan di Jalan Persiaran Bayan lndah. Antara sasaran utama ialah motosikal yang di ubahsuai untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram atau rempit, disamping kesalahan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran.

Sebanyak 722 motosikal telah diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 286 motosikal dikenakan tindakan dengan pelbagai kesalahan seperti :

  • pemandu bawah umur
  • tiada lesen memandu
  • Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh
  • tiada perlindungan lnsuran
  • ubahsuai motosikal
  • tidak pamir pelekat P
  • tiada cermin sisi
  • pamir nombor pendaftaran fancy dan extreme.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …