JPJ PULAU PINANG LAKSANA OPS PENGARAH BIL 2/2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ops Pengarah bagi mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya pada 29 Julai 2022 di Juru, Daerah Seberang Perai Tengah.

Sepanjang Ops Pengarah yang diadakan selama 3 jam bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam, pelbagai kesalahan dikesan. Antaranya ialah :

  • tiada lesen memandu
  • tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL)
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran
  • tiada pemandu kedua (bagi bas ekspres perjalanan melebihi 300km atau memandu melebihi 4 jam berterusan)
  • kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan dan cermin gelap
  • lampu isyarat dan brek tidak berfungsi

Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang- undang semasa memandu, serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa dijalan raya.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …