DBKL TUTUP 3 BUAH PREMIS HIBURAN DALAM OPERASI BERSEPADU BERSAMA PDRM, JPN DAN JAWI

KUALA LUMPUR – Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama agensi sahabat terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menjalankan sebuah Operasi Bersepadu Premis Hiburan Yang Beroperasi Melanggar Syarat Lesen di sekitar Jalan Tun Razak dan Taman Miharja, Kuala Lumpur bermula malam 30 Julai 2022 (Sabtu) dan berakhir pada jam 3.00 pagi pada 31 Julai 2022 (Ahad).

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan di enam (6) buah premis hiburan, sebanyak tiga (3) buah premis dikenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 3 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta yang sama kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran.

Sementara itu, 3 buah premis hiburan turut dikenakan 5 notis kompaun berikutan menggajikan warga asing bagi membantu menjalankan aktiviti perniagaan dibawah Undang Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016.

Tindakan sita 15 pelbagai peralatan muzik turut dilakukan keatas 3 buah premis berkenaan melibatkan spinner, speaker, komputer riba, mixer, equalizer, monitor dan sound controller .Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

Kerjasama tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …