BOMBA SUKARELA TAMAN SUKUN DAPAT BALAI BAHARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Peruntukan Belanjawan Sektor Keselamatan)

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membina balai baharu untuk Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun. Pembinaan balai bomba baharu itu diharap akan meningkatkan lagi perkhidmatan serta operasi pasukan bomba sukarela dalam memberikan bantuan kecemasan kepada masyarakat di Bukit Mertajam khususnya di Taman Sukun sekali gus dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di pusat operasi mereka sebelum ini.

Sumbangan ini amat penting bagi memudahkan kelancaran projek pembinaan ini, sekali gus meningkatkan kecekapan pasukan ketika menjalankan tugas-tugas secara sukarela demi menjaga rakyat yang tinggal dalam kawasan Bukit Mertajam ini khususnya dan Daerah Seberang Perai ini amnya.

Di samping itu, beliau yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah bersetuju menyewakan tanah untuk tujuan pembinaan balai bomba baharu tersebut, dengan bayaran hanya RM112 setahun.

Sumber : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …