NELAYAN DANAU TO’ UBAN JUAL KELI, TILAPIA 110 TAN METRIK SETAHUN, RAIH PENDAPATAN RM0.76 JUTA

 

PASIR MAS – 77 peserta Projek Penternakan Ikan Sangkar di Danau To’ Uban berpuas hati dengan hasil tangkapan ikan sangkar 110 tan metrik pada tahun 2021 berbanding 49 tan metrik sahaja pada tahun sebelumnya.
Pengeluaran tersebut membolehkan nelayan tersebut meraih pendapatan RM0.76 juta pada tahun 2021 berbanding RM0.39 juta sahaja pada tahun 2020.
Salah seorang penternak berjaya, Mohd Rozailan Nordin, 33, dari Sungai Rasal To’ Uban berkongsi cerita gembiranya meraih pulangan lumayan 700 hingga 1000 kilogram tangkapan ikan patin, keli dan tilapia sebulan diperolehi daripada mengusahakan 30 sangkar berukuran 10×10 kaki persegi yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan.
Pada tahun 2021, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan membina 30 petak sangkar ikan dan diberikan percuma kepada 10 penternak.
Tahun 2021 mencatatkan peningkatan 557 petak sangkar tilapia, lampam, keli dan kelah diternak 77 nelayan di tiga lokasi terlibat iaitu 183 petak di Jeti Danau seluas 264 meter persegi, 54 petak di Rong Chenok bersaiz 720 meter persegi dan paling luas di Sungai Rasal berukuran 4292 meter persegi dengan 336 petak.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut