RAKYAT KELANTAN PEMURAH, WAKAF 1258 EKAR TANAH – YDP MAIK

 

KOTA BHARU – “Rakyat Kelantan pemurah, kerana sehingga Mei 2022 selain wakaf tunai, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menerima pewakafan tanah 1,257 lot bersamaan 1,258 ekar tanah telah didaftarkan dan kini di bawah kawalan MAIK.”
59 peratus daripada tanah tersebut digunakan sebagai tanah perkuburan Islam, 21 peratus dimanfaatkan sebagai tapak masjid dan surau serta bakinya telah didirikan pondok, tahfiz, sekolah, rumah anak yatim dan diberikan sewaan untuk tujuan pertanian serta premis perniagaan yang hasilnya diagihkan kepada penerima manfaat wakaf.
Antara objektif pelancaran Bulan Wakaf tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman serta melahirkan masyarakat yang berwakaf di Kelantan.
Dalam Majlis yang sama, sesi menandatangani perjanjian usaha sama antara MAIK dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut diadakan bagi memberi kuasa mutawali kepada USM, UMK dan YIK mengutip wakaf tunai bagi tujuan pendidikan dan kesihatan.
Pihak USM, UMK, dan YIK turut menerima sumbangan wakaf tunai RM189,040.19 oleh pelbagai pihak dan agensi. Pihak YIK telah menerima sumbangan wakaf tunai RM140,000, UMK RM39,040.19 dan USM RM10,000.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …