‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa setiap sen yang disalurkan melalui apa jua peruntukan merupakan amanah daripada rakyat.

Segala bentuk penyelewengan, penyalahgunaan atau kelewatan dalam pelaksanaan akan menjejaskan imej kerajaan serta mencemarkan kepercayaan rakyat. Setiap laporan kewangan, dokumentasi dan pelaksanaan projek perlu dipastikan dibuat secara telus dan berakauntabiliti tinggi.

Dana Inisiatif Sejati Madani perlu diurus secara bertanggungjawab, telus dan berkesan. Ini bukan sekadar peruntukan kewangan, tetapi lambang kepercayaan kerajaan kepada JPKK.  JPKK perlu memastikan tiada ruang untuk salah guna, ketirisan atau pembaziran. Setiap projek perlu dirancang secara strategik, menyeluruh dan memberi impak sebenar kepada komuniti. Laporan penggunaan dana perlu dikemukakan secara berkala dan telus kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan mengikut prosedur yang betul.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …