KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi Operasi Kita Gempur yang dilaksanakan baru-baru ini. Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Faizah Othman, operasi tersebut bertujuan membanteras penyelewengan dalam industri jualan langsung serta memastikan pematuhan terhadap Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Sepanjang pemeriksaan yang dijalankan sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 25 premis telah diperiksa dan satu kes telah diambil tindakan di bawah akta berkenaan selepas pemegang lesen didapati tidak mematuhi syarat lesen yang dikenakan oleh Pengawal. Operasi itu dilaksanakan secara serentak di seluruh Negeri Sembilan dan melibatkan seramai 16 anggota penguat kuasa KPDN.

Operasi tersebut juga bertujuan memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan atau ketidaktelusan dalam transaksi jual beli. Penguatkuasaan yang lebih ketat akan terus dilaksanakan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang demi kepentingan pengguna dan integriti pasaran. Peniaga yang gagal mematuhi syarat lesen atau terlibat dalam skim tidak sah boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Orang ramai diseru agar menyalurkan aduan sekiranya terdapat sebarang salah laku atau ketidakpatuhan melibatkan syarikat jualan langsung. Aduan boleh disalurkan melalui saluran WhatsApp di 019-848 8000; aplikasi telefon pintar: Ez ADU KPDN; talian bebas tol 1-800-886-800 dan portal rasmi e-aduan.kpdn.gov.my.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …