PROGRAM EMAS NADI ASNAF

MAIWP dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang melaksanakan Projek Pusat Internet Komuniti PPR Intan Baiduri atau lebih dikenali sebagai Projek Pemerkasaan Komuniti, Kesepaduan Ummah.

Projek ini dijalankan atas dasar tanggungjawab untuk membina keyakinan di kalangan pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi agar generasi ini dapat membantu keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

MAIWP turut membuka kaunter bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan yang terdiri daripada 30 Skim Bantuan MAIWP. Pengisian program turut diserikan dengan kehadiran pihak PERKESO, di mana peluang pekerjaan dibuka kepada warga PPR Intan Baiduri yang hadir.

Pastinya program sebegini sentiasa dinanti-nanti oleh golongan asnaf dan B40 kerana program ini dapat menyantuni tiga lapisan masyarakat iaitu pendidikan, usahawan dan peluang kerjaya. Manfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin.

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

KPDN SABAH RAMPAS 7,380 LITER MINYAK DIESEL

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan …
Maklumat Lanjut

RM1.41 BILION PERUNTUKAN LUAR BANDAR DI SABAH TAHUN INI

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.41 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA KOREA DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

KOTA KINABALU (10 Mei): Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen …
Maklumat Lanjut