MAIWP BERSAMA 18 PEMAIN INDUSTRI LAHIR GRADUAN ASNAF, B40

KUALA LUMPUR – Tanggal 18  Jun 2022 merupakan detik sejarah buat MAIWP apabila seramai 109 pelatih Latihan Kemahiran Industri daripada 7 agensi industri telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi. Lebih membanggakan apabila kesemua pelajar ini telah menceburi dunia pekerjaan sejak Mac 2022 yang lalu sejurus mereka menamatkan pengajian mereka.

Untuk pengetahuan umum, MAIWP telah menjalinkan kerjasama strategik bersama 18 pemain industri dalam pelbagai bidang antaranya pembinaan bangunan, kimpalan, elektrik, automotif dan juga termasuk bidang penerbangan.

Majlis Graduasi & Apresiasi Asnaf Latihan Dan Kemahiran Industri MAIWP Tahun 2022 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Shaikh Zakaria, Ahli MAIWP di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC). Beliau turut menyampaikan sijil graduasi beserta seutas jam tangan kepada 109 pelajar dan 7 pelajar terbaik menerima saguhati tambahan berupa wang tunai RM500.00 setiap seorang. Tuan Haji Zainal dalam ucapannya berkata, pada tahun ini, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup bulanan. Tambah beliau, MAIWP melihat pendidikan merupakan satu ejen yang berpotensi untuk mengeluarkan individu dan keluarga daripada kepompong kemiskinan. Dengan ilmu, ia menjadi asas untuk mereka berjaya dalam kehidupan.

Sejak tahun 2020, MAIWP telah memperkenalkan Bantuan Latihan Kemahiran Industri yang mempunyai matlamat utama untuk membawa asnaf keluar dari kepompong kemiskinan menerusi ilmu pendidikan. Bantuan ini memberi fokus kepada memperkasakan kompetensi dan kemahiran pelatih seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran pekerjaan dalam bidang yang mereka ceburi.

 

SUMBER: MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

ETS TIBA DI SEGAMAT JOHOR

Bestnya!! Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal beroperasi hingga ke stesen Segamat, Johor bermula 1 …
Maklumat Lanjut

JANGAN KONGSI NO. TAC/OTP, NO. KAD ATM, NO. PIN KAD, ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN ANDA!

JANGAN KONGSI NO. TAC/OTP, NO. KAD ATM, NO. PIN KAD, ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN ANDA! Ada orang minta ID …
Maklumat Lanjut

PERISTIWA HARI INI TAMBAK JOHOR

Hari ini 104 tahun yang lalu, batu asas Tambak Johor diletakkan. Tambak Johor, atau turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) adalah sambungan …
Maklumat Lanjut