KPN HADIR PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-215

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215, di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Derma Darah bagi edisi pada tahun ini. Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan perasmian berkata, menderma darah merupakan suatu amalan yang mulia atas dasar membantu sesama insan selain dapat menyatukan manusia sejagat.
“Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi faktor penghalang apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya melibatkan rawatan perubatan yang memerlukan pemindahan darah,” kata beliau. Tambah beliau, menderma darah banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh antaranya mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan mengurangkan kalori dalam badan. Sel-sel darah baharu yang terhasil memberi kecergasan kepada badan dan menjadikan penderma lebih produktif dalam melakukan kerja seharian.
Dalam majlis yang sama, KPN turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penderma darah tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu Superintendan Noor Azman Hj. Amardin dari Cawangan Khas, Bukit Aman, Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah dari Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman serta Sub Inspektor Khoo Khai Keat dari Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.
Turut hadir, barisan pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Mohd Tarmizi Mahyedin mewakili Pengarah PDN, para pegawai kanan serta rakan media.
SUMBER: FB POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIAN POLICE)  https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …