EAC: KEKURANGAN TENAGA KERJA MAHIR SEKTOR E&E DITANGANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Kerajaan bersetuju melaksanakan beberapa perkara bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja mahir yang serius dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

YAB Perdana Menteri berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 13 Jun 2022 (Isnin) antara lain bersetuju melaksanakan ‘Program Train and Place untuk Jurutera dan Juruteknik’ kepada masing-masing 1,000 jurutera dan juruteknik. Beliau berkata, Kerajaan juga bersetuju memperbaiki dan mempercepat mekanisme pengambilan ekspatriat dan pekerja asing.

Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Sumber Manusia akan menyelaras dengan Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia untuk segera menangani isu kekurangan tenaga kerja ini. YAB Perdana Menteri turut memaklumkan, temu duga pekerja asing akan dilaksanakan di negeri berbanding hanya di pusat sehenti (OSC) Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya. Kerajaan akan memperkasakan OSC yang membabitkan semua Kementerian dan Agensi berkaitan proses kemasukan pekerja asing.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut