DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG TINJAU TAHAP KEBERSIHAN PADANG KOTA LAMA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah turun padang bersama para pegawai meninjau tahap kebersihan kawasan Tembok Padang Kota Lama (Seawall) yang merupakan tarikan terkini para pelancong ke Pulau Pinang.

Pasukan Anti Litter Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diarahkan supaya mengadakan operasi berterusan bagi memantau tahap kebersihan setiap masa. Nasihat dan pendidikan awam harus disebarkan dari semasa ke semasa agar para pengunjung faham dan mempunyai perasaan kebertanggungjawaban bersama menjaga kebersihan.

Tindakan tegas penguatkuasaan dan undang-undang juga harus diambil kepada para pengunjung yang engkar dan tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengotorkan kawasan-kawasan awam seperti melemparkan atau meninggalkan sisa pembungkus makanan serta sampah sarap terbiar begitu sahaja.

Sumber : MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …