EAC: 5 LANGKAH PASTIKAN EKOSISTEM SEKURITI MAKANAN LEBIH INKLUSIF

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Jun 2022 (Isnin) memutuskan lima langkah diambil bagi menjamin sekuriti makanan negara.

Ia antara lain membabitkan kerjasama kerajaan dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan kerajaan negeri, kerjasama awam dan swasta serta jaminan pasaran bagi hasil pertanian diusahakan peladang dan petani.

Memperincikan perkara itu, YAB Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat bersetuju memperkenalkan harga siling bergantung kepada faktor harga input, seiring dengan perancangan bantuan terus bersasar kepada golongan memerlukan seperti diumumkan sebelum ini.

Manakala. langkah kedua diputuskan EAC, adalah memperluaskan ekosistem agromakanan dengan rantaian bekalan diterajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan. Seterusnya, langkah ketiga, melibatkan peningkatan kerjasama awam dan swasta yang memfokuskan terhadap usaha modenisasi dan menggalakkan pertanian pintar dalam meningkatkan hasil pertanian yang akan disokong melalui usaha menyatukan tanah ladang, tanah terbiar dan tanah wakaf.

Seterusnya, YAB Perdana Menteri turut menyatakan antar usaha yang akan diambil adalah memastikan hasil pertanian mempunyai pasaran seperti menggalakkan ladang kontrak di mana peladang dan petani tidak mempunyai masalah untuk memadankan pengeluaran hasil pertanian dengan permintaan pasaran. Selain itu, Kerajaan juga komited terhadap kajian yang berdaya maju dan berpotensi untuk dimanfaatkan secara strategik dalam mendepani cabaran global bagi menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut