LAWATAN OLEH DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE KUALA LUMPUR CCC DBKL

LAWATAN OLEH DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE KUALA LUMPUR CONTROL AND COMMAND CENTER DBKL

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2022 – DBKL telah menerima satu lawatan teknikal daripada delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh YB Dato Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengendalian CCTV di Kuala Lumpur.

Delegasi seramai 30 orang ini dibawa melawat ke Kuala Lumpur Command and Control Center dan telah disambut oleh YBhg Datuk Hj Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL. Taklimat disampaikan oleh Encik Yu Chuan Hock, Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar.

Delegasi kemudiannya dibawa ke Taman Botani Perdana untuk jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh YBhg. Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Delegasi juga di bawa melihat keindahan sekitar taman.

Terima kasih kepada Datuk Bandar Johor Bahru dan team MBJB di atas kunjungan.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …