‘WOMEN TECHNOLOGIST CHAPTER’ GALAK LEBIH RAMAI WANITA SEBAGAI TEKNOLOGIS PROFESIONAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6:  KEADILAN SOSIAL (Kesetaraan Gender)

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dipanggil Women Technologist Chapter bagi menggalakkan jumlah teknologis profesional dalam kalangan wanita yang masih rendah peratusnya di Malaysia.

Menurut Presiden MBOT Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir, statistik data MBOT menunjukkan keahlian profesional kalangan wanita agak rendah iaitu sekitar 20 peratus (20%) sahaja. Namun begitu, jika dibandingkan dengan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2020, majoriti bilangan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) adalah terdiri daripada kalangan wanita.

Justeru itu, perlunya pemerkasaan ini untuk meningkatkan kedudukan, keterlibatan dan pengiktirafan Teknologis dan Juruteknik wanita.

Menurut Presiden MBOT itu lagi, keadaan itu berlaku kerana ramai teknologis wanita berhenti bekerja selepas berkahwin untuk menguruskan rumah tangga.  Didapati ramai graduan wanita hanya bekerja setahun dua dan selepas mereka berkahwin, mereka terpaksa berhenti bekerja untuk menjaga anak. Oleh itu, Women Technologist Chapter juga ditubuhkan untuk tujuan membantu wanita ahli MBOT mengimbangi antara kerjaya dan keluarga.

MBOT kini dalam perancangan untuk laksanakan program-program seperti bagaimana mahu mengimbangi antara kerjaya dan keluarga, bagaimana menguruskan stres dan sebagainya dalam tahun ini bagi memperkasakan golongan ini.

Sumber:

Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …