PIHEC KE-11 BERJAYA TARIK PENYERTAAN RANTAIAN BEKALAN HALAL ASIA TENGGARA KE PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9 : PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

George Town, 8 Jun 2022 – Penganjuran persidangan halal terbesar di Negeri Pulau Pinang iaitu Penang International Halal Expo and Conference (PIHEC) pada 1 Julai hingga 3 Julai 2022  berjaya menarik penyertaan daripada negara-negara di Asia Tenggara yang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan halal global. Antara pengilang yang akan turut serta merancakkan expo tersebut adalah dari Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja.

Ketua Menteri, Y.A.B. Chow Kon Yeow dalam satu sidang media di KOMTAR pada 7 Jun 2022, mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung ke Negeri Pulau Pinang terutama dari luar negara untuk menyertai dan mengadakan lawatan ke PIHEC 2022 yang bakal dilangsungkan di Setia SPICE Convention Centre pada tarikh seperti yang telah ditetapkan.

Difahamkan bahawa penganjuran PIHEC 2022 yang ke-11 ini bertemakan ‘Building Resilience and Sustainability Towards Stronger Growth’ akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sumber : Buletin Mutiara 

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …