KESUKARAN MEMBESARKAN 7 BERANAK BUKAN ALASAN UNTUK MENGALAH

WP LABUAN – “Walau rumah sebesar ini kami bersyukur, sewa rumah lain kami tidak mampu” terluahkan dari hati yang tak terbayangkan. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,  Us.Mohd Nizam Yahya tersandar seketika merenung gelagat kegembiraan anak-anak kecil yang seolah-olah sengaja melupakan erti keperitan hidup mereka.
Encik Laja Zainudin di Kampung Gersik bekerja sebagai Bilal di Surau Nurul Islam dengan pendapatan
RM1,200.00 sebulan tidak cukup menampung perbelanjaan sekeluarga. Hasil kunjung ziarah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Us. Mohd Nizam Yahya meluluskan kenaikan kadar bantuan bulanan MAIWP dari RM500 kepada RM700 sebulan serta merta dan mensyorkan untuk pencarian rumah sewa yang lebih luas dan selesa.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …