KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENGURNIAKAN DARJAH KEBESARAN KEPADA 45 PENERIMA

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2022 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 45 penerima pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, semalam.

Turut berangkat ke istiadat itu yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, KDYMM Raja Permaisuri Agong.

Hadir sama YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Seramai 18 individu pula dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 23 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan tiga individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang juga membawa gelaran ‘Datuk’.

Bagi tahun 2022, seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …