MENGINTAI KECUKUPAN SESUAP NASI 10 BERANAK

WP LABUAN – “Beli ikan untuk hidangan keluarga pun kami tidak mampu..” Begitulah luahan Riwanzilawaty Amir,30 tahun, salah seorang penerima bantuan zakat MAIWP semasa kunjung ziarah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Us. Mohd Nizam Yahya di Kampung Bebuloh Laut. Keluarga diuji apabila suami tidak mempunyai pendapatan tetap setelah dibuang kerja ekoran pandemik Covid -19.
Hasil kunjung ziarah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Us. Mohd Nizam Yahya meluluskan kenaikan kadar bantuan bulanan MAIWP dari RM500 sebulan kepada RM700 sebulan serta merta. Semoga dengan kenaikan kadar bantuan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.
Terima kasih pembayar zakat, membantu kami untuk bantu mereka.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …