‘FUN RIDE’ SEMPENA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA @TERENGGANU

                                         ——————————————————————————————————
KUALA NERUS, 5 JUN 2022
                                         ——————————————————————————————————
LEBIH 100 pengayuh di kalangan kenamaan dan ketua jabatan menyertai Kayuhan Outreach sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Terengganu, pagi 3 Jun 2022. Laluan sejauh 11    kilometer disertai Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja serta turut disertai oleh YBrs. Datuk Haji Rodzi bin Md. Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara.
.
Sebelum menamatkan kayuhan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bersama YBM Tengku berhenti di Taman Perumahan MAIDAM, Kubur Sharif, Kuala Nerus untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada empat asnaf di perumahan berkenaan. Selesai penyampaian itu, pengayuh meneruskan kayuhan sehingga ke penamat di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Watiqhu Billah, Kuala Nerus.
.
Peserta kayuhan diraikan dengan Jamuan Rakyat yang turut disertai kira-kira 2,000 masyarakat setempat    di Taman Tasik Bandar Al-Watiqhu Billah, Kuala Nerus. Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan merangkap Menteri Peneraju JAKM Negeri Terengganu, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin pula menyertai Fun Ride JAKM sejauh 25 kilometer bersama pengayuh lain bagi kategori terbuka.
——————————————————————————————————————————————————————————
‘DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025’
‘KESEPADUAN NASIONAL’
(Gambar ihsan dari Korporat SUK Terengganu)

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut