PENSIJILAN MYSAFE LANGKAWI TINGKAT KEYAKINAN PELANCONG

Pensijilan MySAFE Langkawi mula direncanakan dengan penglibatan beberapa agensi induk antaranya Langkawi Tourism Academy (LTA) atau Kolej Komuniti Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan MKN Kedah sendiri sedari April tahun lepas.

FOTO: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI KEDAH BERKUNJUNG KE LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI (LTA@KKLK) PADA 3 OKTOBER 2021

Tujuan pensijilan ini diperkenalkan adalah untuk memacu semula sektor pelancongan di Langkawi di samping menyediakan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selamat apabila terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Selain itu, ia juga merupakan platform bagi memperakukan premis-premis perniagaan tertentu bahawa langkah-langkah keselamatan dan protokol kesihatan awam yang sewajarnya telah diambil sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19, seterusnya mampu meyakinkan para pelancong domestik untuk berkunjung semula ke Langkawi.

 

Beberapa siri perbincangan telah diadakan dalam usaha menjayakan pensijilan ini. MKN Kedah terlibat secara langsung dalam beberapa sesi taklimat kepada pemain industri pelancongan yang terdiri daripada enam (6) segmen iaitu Hotel & Resort, Penginapan, Premis Makanan & Minuman, Perjalanan & Lawatan, Produk Pelancongan, dan Premis Peruncitan berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa pada ketika itu.

FOTO: KURSUS S.O.P COVID-19 AND RISK ASSESSMENT FOR INSTITUTION ANJURAN LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI (LTA2KKLK) DENGAN KERJASAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI KEDAH PADA 14 OKTOBER 2021

Alhamdulillah, dengan penglibatan proaktif dan kerjasama yang sangat baik daripada pemain industri selain daripada usaha liputan vaksinasi secara menyeluruh di Langkawi, penularan wabak COVID-19 semakin terkawal pada ketika itu dan seterusnya memberikan impak kepada sektor pelancongan di Langkawi yang dilihat semakin memberangsangkan. Ekonomi setempat di Langkawi mula meningkat dengan kemasukan pelancong domestik susulan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai exit strategy oleh Kerajaan.

 

Hadir pada satu lawatan mesra LTA@KKLK ke pejabat MKN Kedah pada hari ini ialah Encik Nor Asfarul Lail Azwan Haris, Pensyarah Kanan LTA&KKLK yang menyampaikan buku GARIS PANDUAN PENSIJILAN MySAFE LANGKAWI: Certificate of Compliance COVID-19 SOP and Travel Quality Best Practices kepada MKN Kedah yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid.

Artikel/Berita Terkini

TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi …
Maklumat Lanjut

DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, …
Maklumat Lanjut