JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA TERENGGANU MENUTUP TIRAI

                                         ——————————————————————————————————
KUALA NERUS, 5 JUN 2022
                                         ——————————————————————————————————

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu selama tiga hari bermula 2 sehingga 4 Jun telah merekodkan kehadiran melebihi 20,000 pengunjung. Sekretariat Program JAKM turut ,menyatakan bahawa sehingga hari terakhir program ini berjaya mencatatkan lebih RM4 juta jualan.

Penglibatan 110 gerai jualan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah ini merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan. Ianya juga turut diselitkan dengan pelbagai program menarik dan bermanfaat disediakan bertujuan untuk memupuk penghayatan rakyat terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia.

Selain itu  sebanyak 28 reruai (booth) kaunter perkhidmatan mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini membabitkanpelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri. Terdapat juga 13 kaunter perkhidmatan bergerak seperti dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Pergigian dan Kementerian Kesihatan Malaysia disediakan kepada Keluarga Malaysia yang hadir.

JAKM Terengganu dalam kenyataan itu lagi turut memaklumkan bahawa melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia turut bekerjasama dengan 89 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 13,431 jawatan untuk manfaat Keluarga Malaysia. Daripada jumlah itu, seramai 2,771 orang dipanggil menghadiri temu duga dengan 1,476 orang berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon dan 454 orang berjaya ditawarkan pekerjaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi kementerian peneraju bagi siri JAKM kali ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU).

Siri JAKM akan diteruskan di seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

——————————————————————————

‘DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025’
‘KESEPADUAN NASIONAL’

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut