SEBANYAK 150 BUAH GERAI UNTUK PAMERAN MITM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: Pengiktirafan Antarabangsa (Diplomasi Ekonomi)

GEORGE TOWN, 01 Jun 2022 : Sebanyak 150 buah gerai telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini dalam Malaysia International Travel Mart (MITM) di Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan Julai 2022.

Menurut Encik Andy Cheah selaku Pengerusi penganjur,  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negara seperti Jepun, Thailand, Taiwan dan Korea Selatan akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pameran pelancongan yang terbesar di wilayah utara ini, akan diadakan di Setia SPICE Arena pada 2 dan 3 Julai 2022 dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Pelancaran pameran ini telah diadakan di Cititel Hotel pada 31 Mei 2022 di Negeri Pulau Pinang dan dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA).

Menurutnya lagi, MITM akan menjadi platform yang baik bagi pelancong untuk mendapatkan pandangan mengenai pakej percutian serta masa yang sesuai untuk melancong. Pada tahun 2019, MITM telah menarik kira-kira 50,000 orang pengunjung.

Manakala syarikat-syarikat yang menaja untuk hadiah cabutan bertuah kali ini ialah Airlines, Firefly, China Southern Airlines, China Airlines dan STARLUX Airlines. Encik Andy Cheah juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberikan.

Sumber :

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut