GANGGUAN HIDUPAN LIAR MENINGKAT DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes gangguan hidupan liar di Pulau Pinang selain pembangunan adalah kehilangan habitat hidupan liar.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Bon Poh berkata, sebanyak 4,423 aduan diterima berkaitan gangguan itu bagi 2019 hingga April lalu.

Katanya, aduan tertinggi membabitkan gangguan kera iaitu 2,830, diikuti babi hutan (1,061) manakala spesies lain seperti musang, biawak, buaya dan lotong yang merangkumi 532 aduan.

Antara faktor lain yang menyumbang adalah pembuangan sampah tidak teratur dan pembangunan atau tebus guna tanah yang tidak mengambil kira aspek hidupan liar, tanah terbiar serta sikap masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, kes pembalakan haram di Pulau Pinang adalah rendah dan terkawal sejak 2010, dengan hanya satu kes direkod pada 2016 membabitkan tindakan mengambil kayu bakau di Hutan Simpan Balik Pulau.

Keseluruhannya, 14 kes kesalahan hutan yang direkodkan pada 2010 hingga April 2022, membabitkan penerokaan haram, dikesan dilakukan pemilik tanah yang bersempadan dengan Hutan Simpanan Kekal untuk tujuan pertanian.

Sumber:

Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …