OPS TAPIS BSJND IBU PEJABAT POLIS DAERAH TAMPIN

TAMPIN – Bertindak atas maklumat, pada 11/05/2022 jam 1530 hrs sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menahan sebuah motorkar jenis Proton Persona di Stesen Minyak Petronas Pekan Tampin 73000 Tampin Negeri Sembilan dan menahan tiga lelaki bersama dua perempuan berumur lingkungan 25-40 tahun atas kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Heroin dan Syabu.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai (2) peket plastik dan ( tiub straw yang mengandungi dadah jenis Heroin anggaran berat 58 gram dan (1) peket plastik yang mengandungi dadah jenis Syabu anggaran berat 0.25 gram yang dijumpai di dalam motorkar. Hasil ujian saringan awal mendapati empat daripada lima saspek positif Methaphetamine dan Morphine.

Kesemua saspek kini ditahan reman di bawah sek 117 KPJ selama 7 hari dan disiasat di bawah Sek 39B ADB 1952, Sek 12(3) ADB 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut untuk dijual sekitar Pekan Tampin, Negeri Sembilan dan Pulau Sebang, Melaka.

Sumber : FB IPD Tampin

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …