HFMD: KES MENINGKAT 8.4 KALI GANDA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang mengalami peningkatan 8.4 kali ganda iaitu sebanyak 959 kes sejak Januari hingga 7 Mei lepas berbanding 102 kes dalam tempoh yang sama pada 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 54 kluster HFMD dilaporkan berbanding hanya tujuh kluster direkodkan pada 2021 dengan peningkatan sebanyak 6.7 kali ganda.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata kes jangkitan HFMD di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda iaitu sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara berbanding 1,752 kes tahun lepas.

Dr Norlela berkata, virus itu boleh merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh serta najis pesakit dan kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Katanya, hampir keseluruhan pesakit terdiri daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh ke 10 hari.

Sehubungan itu, dinasihatkan agar orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah. Ibu bapa turut disaran untuk membawa anak-anak ke klinik atau hospital terdekat jika terdapat tanda-tanda atau gejala jangkitan dan mereka juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat beli-belah dan sebagainya.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …