PAKAIAN JENAMA TERKENAL DISYAKI TIRUAN DISITA KPDNHEP

 

PASIR MAS : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 7, disini semalam.
Serahan melibatkan pakaian berjenama, seluar jeans berjenama, selipar berjenama dan beg berjenama dengan nilai rampasan barangan anggaran sebanyak RM 10,000.00 ditahan bersama sebuah lori dengan nilai kenderaan RM 50,000.00
Kes dihasilkan oleh PGA Batalion 7 dan siasatan lanjut akan dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019 berkaitan penggunaan, pemilikan dan penjualan jenama & produk cap dagangan tanpa kebenaran sah.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penggunaan barangan tiruan sentiasa dijalankan dalam menguatkuasakan undang-undang.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil terutamanya musim perayaan ini.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …