KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MENCEMAR DULI BERBUKA PUASA DI PADANG MAJLIS BANDARAYA KUANTAN 1 (MBK1) BERSAMA RAKYAT PAHANG

KUANTAN, 21 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1) bersama rakyat yang menjadi kebiasaan Seri Paduka Baginda pada bulan Ramadhan.

Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua ke padang itu pada jam 6.30 petang semalam disambut Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Bandar Kuantan, YH Dato’ Hamdan Hussin.

Sebelum berbuka, Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan mengagihkan bubur lambuk yang dimasak di Istana Abdulaziz kepada pengunjung bazar dan mereka yang berbuka di padang berkenaan.

Selain pengujung bazar, sebahagian daripada 2,000 bekas bubur lambuk sentuhan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong itu juga diagihkan kepada warga Penjara Penor di sini, untuk dijadikan juadah berbuka.

Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat melawat Bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang MBK1 untuk membeli juadah berbuka seperti sata, pulut panggang dan kuih-muih.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …