KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MENCEMAR DULI BERANGKAT MENYEMPURNAKAN PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADHAN

PEKAN, 21 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di daerah Pekan, Pahang semalam.

Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Pada program ini, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada enam keluarga asnaf di Kampung Tanjung Baru Nenasi, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Pekan Nenasi.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …