170 KILOGRAM MINYAK MASAK DAN 180 LITER MINYAK PETROL DISYAKI CUBAAN SELUDUP BERJAYA DIPATAHKAN

 

TUMPAT : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu telah menerima serahan kes daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan disini semalam.
Serahan melibatkan minyak petrol anggaran kuantiti 180 liter dan 170 kilogram minyak masak paket 1kg bersubsidi disyaki dalam cubaan seludup ke negara jiran dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 794.00
Kes dihasilkan oleh PPM W3 dan siasatan lanjut dijalankan serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.
Pengguna boleh menyalurkan aduan sekiranya mengesyaki aktiviti yang mencurigakan dan tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang akan diambil.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …