AKSES IPU SECARA MUDAH ALIH MENERUSI APLIKASI MyIPU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Akses Digital)

Aplikasi MyIPU merupakan aplikasi yang disediakan secara percuma oleh Kementerian Alam Sekitar dengan menggunakan maklumat terkini oleh Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS). Aplikasi ini bertujuan untuk memaklumkan orang awam mengenai status terkini kualiti udara di seluruh negara dengan lebih pantas mengikut tahap-tahap tertentu iaitu Baik (IPU di bawah 50), Sederhana (IPU antara 51 hingga 100), Tidak Sihat (IPU antara 101 hingga 200), Sangat Tidak Sihat (IPU 201 hingga 300) dan Berbahaya (IPU melebihi 300). Tambah menarik apabila, pengguna juga boleh melihat bacaan di kawasan lain dengan hanya menukar pada butang Map View dan pilih sahaja negeri yang mereka ingin lihat.

Pengguna boleh muat Turun Aplikasi Mobile Indeks Pencemar Udara (MyIPU) di Telefon Pintar, melalui pautan berikut :

Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details…

Pengguna iOS : https://itunes.apple.com/my/app/myipu/id1217372617?mt=8

 

Sumber:
Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …