BEKALAN KEPERLUAN ASAS PULAU PINANG MENCUKUPI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang memberikan jaminan bahawa bekalan keperluan asas sepanjang sepanjang bulan Ramadan di Pulau Pinang adalah mencukupi.

Jaminan diberikan setelah pihak KPDNHEP Pulau Pinang menjalankan Ops Pantau 2022 di seluruh negeri Pulau Pinang pada Ahad lalu. Ops Pantaau 2022 turut dijalankan bagi memastikan premis yang beroperasi mematuhi perundangan yang telah dikuarkuasakan oleh KPDNHEP.

109 premis telah diperiksa melalui Ops Pantau 2022 melibatkan premis yang beroperasi di bazar Ramadan, bazar hari raya, pasar awam, pasar basah, pasar pagi, pasar raya, kedai runcit dan penjualan secara atas talian.

Hasil pemeriksaan mendapati premis-premis tersebut mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan selain memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan pengguna semasa Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

KPDNHEP Pulau Pinang turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pigak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga atau menyorok barang kawalan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber:

Bernama, Sinar Harian

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …