PROGRAM TALK TO US BALAI POLIS JINJANG KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2022 – Program Talk To Us bertempat di NINSO Selayang , Kuala Lumpur. Kehadiran PDRM diketuai oleh SM Saikul Adura bt Ibrahim bersama Kpl Hariani, Kpl Hidayah dan Kpl Azhar.

Objektif program adalah, mendekati masyarakat secara bersemuka bagi mendapatkan maklumbalas segera tentang perkhidmatan pdrm dalam mendidik masyarakat berkenaan pencegahan jenayah, Keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Disamping itu, Pihak PDRM memastikan orang awam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid 19. Dalam masa yang sana anggota Amanita mendekati golongan wanita dan suri rumah dalam menjaga keselamatan di kawasan kejiranan. Golongan wanita dan suri rumah yang akan menjadi rakan Amanita dalam memberi maklumat kawasan kejiranan. Program selesai jam 1100.

SUMBER: FB POLIS BALAI JINJANGΒ 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut