RTM TERUS BERPERANAN SAMPAIKAN AGENDA NEGARA KEPADA MASYARAKAT

WP LABUAN – Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus berperanan menyampaikan mesej dan agenda negara kepada masyarakat.

Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, tema sambutan Hari RTM ke-76 iaitu ‘Terus Unggul’ yang disambut hari ini menunjukkan jenama RTM masih diterima rakyat.

“RTM terus berusaha mengekalkan kedudukan dalam dunia penyiaran sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat. Begitu juga LABUANfm yang telah 36 tahun ke udara di pulau ini,”menurut satu kenyataan RTM Labuan pada Jumaat lalu.

Tambahnya, pelbagai program di lokasi dan siaran radio diatur bagi memeriahkan sambutan Hari RTM di Labuan.

“Acara kemuncak adalah Sambutan Hari RTM Ke-76 telah berlangsung di Laman Paadian dengan pelancaran Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia, Pelancaran Program Ramadan dan Lagu Tema bertajuk Terus Unggul nyanyian Syamel,”menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: RTM Labuan

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …