PINTU SEMPADAN NEGARA MALAYSIA-SINGAPURA DIBUKA PADA SEMUA KATEGORI PENGEMBARA BERMULA 1 APRIL 2022

JOHOR BAHRU, 1 April 2022 – Bermula pada 1 April 2022,  pintu sempadan Malaysia dan Singapura dibuka semula kepada semua kategori pengembara yang telah lengkap divaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19 termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan. Sehubungan dengan itu, persiapan rapi giat dijalankan bagi memastikan kelancaran kemasukan tersebut. Sempena pembukaan semula sempadan laluan darat tersebut, kerajaan memberikan pengecualian bayaran tol masuk dan keluar melibatkan semua jenis kenderaan selama 7 hari bermula 1 hingga 7 April 202 di plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).

Dianggarkan hampir 2,700 orang pegawai agensi kerajaan pusat dan negeri akan bertugas setiap hari bagi membantu memastikan proses kemasukkan kembara masuk ke Johor berjalan dengan lancar. Di samping itu, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga telah menitahkan agar Southern Volunteers membantu agensi-agensi kerajaan bagi melancarkan proses kemasukan pengembara dan Bangsa Johor yang kembali ke tanah air.

Terima kasih kepada semua agensi yang bekerja bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran proses kemasukan rakyat dan pengembara dari Singapura.

Pada hari pertama pembukaan pintu sempadan negara, YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi bersama-sama dengan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Pengarah Tourism Johor, Haji Suhairi Hashim turut hadir bagi menyambut kepulangan pengembara. Keriangan dan keceriaan terpancar pada wajah  mereka yang kembali ke Johor apabila disambut oleh ahli keluarga yang sedia menunggu di kedua-dua CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber: Onn Hafiz

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut